CARA BERMAIN
BATU SEREMBAN
SEBELUM
Buah yang diperbuat daripada biji getah, kerikil atau batu kecil. beg kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga dan pasir juga boleh menjadi buah.
BERMULA
Dimulakan dengan menimbang buah, di mana sebiji buah sama dengan 2 markah. Pemain yang markah tertinggi akan mulakan permainan. Pemain tidak boleh tersentuh buah lain ketika mengutip buah, disebut sebagai “gharip”.
PERINGKAT
Pemain perlu melambung sebiji buah dan mengangkat sebiji buah dengan sebelah tangan.
PERINGKAT
Pemain perlu melambung sebiji buah dan mengangkat 2 biji buah dengan sebelah tangan.
PERINGKAT
Pemain perlu melambung sebiji buah dan mengangkat sebiji buah kemudian 3 biji buah sebelah tangan.
PERINGKAT
Pemain perlu melambung sebiji buah dan mengangkat 4 biji buah dengan sebelah tangan.
PERINGKAT
Pemain perlu melambung sebiji buah dan meletak 4 biji buah dan mengutipnya semula.
PERINGKAT
BUAH TUKAR
Pemain perlu memilih 2 biji buah. sebiji buah untuk dilambung dan sebiji buah untuk ditukar dengan buah yang berada di bawah.
PERINGKAT
BUAH LAMBUNG
Pemain perlu melambung sebiji buah sambil menukarnya. Kemudian, 2 biji buah dilambung sambil menukar 3 biji buah yang lain. Seterusnya, 3 biji buah dilambung sambil menukar sebiji buah yang berada di bawah dan mengutip semua buah yang berada di bawah.
PERINGKAT
BUAH COLEK
Sebiji buah dilambung sambil tangan menyentuh satu persatu buah di bawah. Kemudian, pemain menggunakan teknik yang sama cuma kali ini 2 biji buah dirapatkan. Selepas itu, 3 biji buah dirapatkan sambil buah dilambung lalu 4 biji buah dirapatkan sambil buah dilambung. Akhirnya, sebiji buah dilambung sambil mengangkat 4 biji buah.