pERMAINAN
CONGKAK
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah. Biasanya, buah Congkak menggunakan biji getah atau guli. Di Asia Tenggara, Congkak mempunyai kemungkinan besar berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.
permainan
gasing
Gasing biasanya dimainkan selepas musim menuai. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Selain itu, Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing diperbuat daripada kulit pokok bebaru tetapi sekarang tali gasing diperbuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Seterusnya, pemain akan menggunakan minyak kelapa untuk melicinkan pergerakan gasing.
JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL
PERMAINAN
TING TING
Ting Ting juga disebut Ketinting. Ting Ting biasanya melibatkan dua hingga empat kanak-kanak bermain di satu gelanggang, tidak ada batasan untuk jumlah pemain dalam permainan ini. Medan permainan dicat dengan kapur atau alat lain di tempat terbuka dan rata. Terdapat sembilan petak bagi satu gelanggang. Gundu adalah juga sebagai unsur penting dalam permainan tradisional ini. Gundu ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada pecahan pinggan, besi atau batu yang leper. Ia dijadi sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka.
PERMAINAN
BATU SEREMBAN
Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Selambut adalah permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Di pantai timur Semenanjung, permainan ini disebut Selambut manakala di pantai barat Semenanjung, permainan ini disebut Batu Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan yang terdiri daripada dua hingga lima orang. Batu Seremban memerlukan beberapa keping buah yang diperbuat daripada biji getah, kerikil atau batu kecil. Selain itu, beg kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga dan pasir juga boleh menjadi buah.
PERMAINAN
GULI
Permainan guli, juga dikenali sebagai ‘Kelereng’, merupakan sejenis permainan tradisional yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki di mana maksimum bilangan pemain adalah sebanyak lima orang secara bergilir-gilir. Pemain perlulah melontarkan guli dengan tepat kepada sesuatu sasaran. Sasaran boleh berbeza mengikut kawasan yang bermain, lokasi yang sesuai untuk bermain guli ialah tempat yang teduh, kawasan tanah rata dan kawasan yang lapang. Sebelum memulakan permainan, pemain-pemain harus melukis satu bulatan di atas tanah dan menggorek sebuah lubang, yang juga dinamakan sebagai lubang induk di tengah bulatan yang dilukis. Oleh itu, permainan ini biasanya dimain pada musim panas atau kemarau kerana tanah mudah digali.