top of page
photo_2021-05-18_20-05-10.jpg

CONGKAK

CARA BERMAIN

SYARAT

Memerlukan dua pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak (dimainkan secara giliran).

photo_2021-05-18_18-00-22.jpg

PUSINGAN PERTAMA

Setiap lubang “kampung” hendak diisikan dengan 7 biji buah. Pemain mangambil semua buah daripada salah satu “kampung” sendiri, memasukkan sebiji demi sebiji ke setiap “kampung” termasuk “rumah”. Permainan dapat diteruskan sekiranya buah terakhir dimasukkan dalam “kampung” yang mempunyai buah. Jika buah terakhir masuk dalam “kampung” yang kosong, permain tersebut tidak boleh diteruskan (mati). Jika biji terakhir dimasukkan ke dalam “kampung” pihak lawan, pemain berhak mengaut semua buah dalam “kampung” yang bertentangan tersebut, menyimpan dalam “rumah” sendiri, digelar sebagai “tikam”.

Marble Surface

sekiranya salah seorang pemain kehabisan buah di “kampung” sendiri, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawaN.

PERINGKAT 

KEDUA

Mengisi ‘kampung’ semula dengan guli di ‘rumah sendiri’ seperti pusingan pertama. Kekurangan guli dikira “bakar”, tidak boleh dimasukkan dengan buah congkak lagi pada pusingan seterusnya sehingga pihak lawan mengaku kalah. Buah yang berlebihan hendaklah disimpan di “rumah” sendiri. Cara bermain seterusnya adalah sama seperti pusingan pertama.

bottom of page