top of page
CARA BERMAIN
WAN TU SOM
Dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu keadaan atau permainan.
Hampir serupa dengan Batu-Gunting-Kertas.
Ia dilakukan secara berkumpulan dengan mengucapkan "wan tu som" secara serentak, sebelum menunjukkan gengaman tangan (batu), telapak tangan (air) atau tangan bermuncung (burung). Batu dikira kalah dengan air kerana batu tenggelam dalam air. Air kalah dengan burung kerana burung minum air. Burung kalah dengan batu kerana burung dilastik dengan batu.
bottom of page